Apa khabar teman2 smua? harap smuanya ok.. kerja hari ni macam mana? mungkin ada yang masih bercuti.. saya ucapkan slamat meneruskan cuti anda.. bagi mereka yg bekerja, slamat meneruskan pekerjaan dan slamat memenuhi impian.. (bg mereka yg ada impianlah ye!)
ok, memandangkan hari ni 2 Januari 2013, rasanya tak terlambat kalo saya nak ucapkan selamat menempuh tahun baru, smg tahun ini dipenuhi dgn keazaman yg membara dijiwa! apa2 impian yg tak tercapai pada tahun yg lepas2, kena pass up tahun ni.. (pepandai je guna pass up).. apa pun, korang tentu faham kan maksud ku??
nak kongsi sikit tentang pengalaman menempuh tahun baru... saya bukan spesis yg pergi meraikan tahun baru di mana2 tempat.. sbb saya tak brapa gemar tempat yg sangat2 dibanjiri manusia.. bukan tak suka manusia tu, tapi tak suka nak tempuh jem lepas majlis tu habis... huhuhu :)
walau bagaimanapun, kita sering ditanya apakah azam anda tahun ini?? mesti ada macam2 jawapan kan? sebab kita ada matlamat yg kita nak capai... tapi perlu ke matlamat tu di set setiap muncul tahun baru je?? bila dah masuk bulan ke 3 dan seterusnya, azam yg kita pasang diawal tahun makin samar dan hilang serta lesap begitu sahaja... rasanya ramai yg bersikap sedemikian.. tak terlepas diri ku ini...
tapi belakangan ini baru kusedari yg matlamat itu perlu kita set setiap bulan, bahkan setiap hari sebab kita nak teruskan kehidupan kita kan? mestilah ada matlamat hidup...
saya nak share sikit matlamat saya (goal setting) saya supaya saya sentiasa beringat dan bertindak ke arah matlamat saya.
1. Saya nak jadi DD insyaAllah tahun 2013.
2. Nak settlekan mak dan abah. InsyaAllah.
3. Of course, saya nak kahwin. Doakan untuk saya ye. InsyaAllah.
4. Saya nak pergi ke Pulau SIBU seperti yg dijanjikan oleh 3A Global. InsyaAllah.
5. Sudah pasti, nak settlekan hutang2 yg ada. InsyaAllah.
6. Saya nak ada simpanan yg agak lumayan berbanding tahun2 sebelum ini. InsyaAllah.
7. Tidak akan berputus asa dalam melaksanakan tugas. WAJIB. InsyaAllah.
8. Lebih rajin dan lebih positif. WAJIB.
9. Lebih berdisiplin. WAJIB.
10. Nak bantu mereka yg punya impian seperti saya.. WAJIB. InsyaAllah.
11. Nak bawak family pergi Umrah. InsyaAllah.
haa.. itu antara matlamat dan impian saya pada tahun ini. 2013. walau bagaimanapun, impian ini pasti tidak akan tercapai seandainya saya masih seperti dulu.. masih main2.. mesti ada tindakan susulan yg perlu dibuat... teman2, ayuh,doakan utk saya dan teman2 yg lain..
Ya Allah, bantu hamba-Mu ini utk beroleh kejayaan Dunia dan Akhirat. Amin.
Semoga KAU permudahkan jalan ku Ya Allah... Amin.
No comments:
Post a Comment