Di saat kesibukan di office, aku mencari masa untuk melihat semula blog aku yg tak pernah hidup ni.. aku dapat menyinggah di satu blog.
sedih... hiba... yg pergi tetap pergi... itu yg dapat aku katakan...
aku tak berapa mengikuti blog tersebut, tapi aku tahu ape situasinya...
pernah dengar blog Warkah buat Isteri oleh Abil Fikri Ahmad?? Blog yg agak popular bagi aku...
beliau berkongsi cerita tentang isteri yg dicintai yg sengsara dengan kesakitan akibat asma yg maha dasyat. kesetiaan si suami membuatkan aku kagum dgn beliau. dalam zaman sekarang yang penuh dengan hipokrit, beliau masih setia dan sabar dengan ujian yang diterimanya..
kekuatan, ketabahan, kesabaran dan keazaman yg kuat menjadikan beliau suami yg soleh dan insan yang hebat dlm kehidupan ini. sungguh bertuah sang isteri apabila makan,pakai, tidur, semuanya terjaga.
Alhamdulillah.
tapi, segalanya memang telah tertulis.. yang hidup pasti akan mati. dan kematian akan menghidupkan kita kembali ke alam yg paling kekal.
sang isteri telah kembali ke Illahi dengan penuh ketenangan... Terima kasih Ya Allah, kau ambil beliau dalam keadaan yg begitu indah skali... buat En. Abil, tahniah kerana menjadi kekasih, suami dan khalifah buat Insan yg dikau cintai. Smg segala kesabaran dan ketenanganmu Allah balas dengan 1001 rahmat dan kebaikan. Amin.
akhir kata, yang pergi tetap akan pergi dan menanti kita di syurga.. In shaa Allah.. semoga Allah permudahkan segalanya.. Amin.
wassalam....