Thursday, August 16, 2012

Dah nak raya...


Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Apa khabar semua? harap2 sihat.. al-maklumlah, dah nak raya ni..
Office saya dah start kosong.. dah ramai yang mula cuti raya..

Bila ditanya macam mana dengan persiapan raya? Maklumlah tinggal kurang lebih 48 jam je..
Jawapan saya, mudah.. Saya tak beriya-iya nak beraya. cukup sekadar apa yang ada.
Baju Raya ada seholai jo.. itu pun baju je.. kainnya buat sendiri... kuikuikui... nak buat baju kurung pun tak terbuat2 lagi.. kain dah ptong.. nak p jahit tepi tu yg mlas nak buat... hahaha

Macam mana dengan kuih plak? Owhhh.. ada la jugak buat.. tp bukan den yang buek.. adek den dan mak den yg bueknyo.. adek den suko buek semperit ni ha... mak den lak kuih rose (ala yang goyang2 tu) tugas den, buek ketupat jo... hahaha..

cakap pasal ketupat, bakal mak mentua den suko kirimkan ketupat palas.. al maklumlah, org pantai timur.. nun jaoh di klate.. cik abe kawe suko kelik klate.. doh kapung die.. kawe tok leh la nak follow coz kawe belom kawin sama die.. haha... kecek klate sikik... :p

Den igt malam nanti barulah mula projek.. kihkih.. nak wat popiah "suci dalam debu" kawan den panggil nama kuih tu.. den nak cubo la bueknyo.. kenapo den ckp nogoghi ni?? hahaha

Ok, terus terang la.. Rumah pun blom kemas.. Ape leh buat, faktor kesihatan..(cehh.. tak bleh blah)..
Sebenarnya, mood mengemas belom datang.. jd kenalah sabar smpai mood tu dtg menjelang raya...

Dan terus terang lagi, saya pun tak tahu kenapa tahun ni raya macam tak rasa nak raya.. sungguh suram perasaan ku ini.. :(  bukan tak happy.. tp entahlah.. mgkin disebabkan faktor keumuran kot..
atau mungkin penghayatan ramadhan yg begitu mendalam... sehinggakan raya ni sekadar sederhana je...

oklah, pada mereka yg sempat membaca blog saya ni, terima kasih saya ucapkan.. dan di kesempatan yg ada ni, saya Ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..
sama2lah kita hayati ramadhan yang bakal tinggalkan kita.. sama2lah kita bersyukur kerana Allah bg peluang kat kita untuk bernafas dan bertemu lagi aidilfitri...

Semoga kita bertemu kembali.. InsyaAllah...