Monday, March 05, 2012

aaa doooiii yaaiiii

Hai kawan2...!

Apa khabar semuanya? Pasti sihatkan? Aku kurang sihatlah. Hari Jumaat lepas di office aku ada suntikan HPV (Serviks) dose yang ketiga (yang terakhir). Hari ni datang kerja dengan penuh kelesuan. apa tidaknya, lepas buat suntikan tu, bdan tak rehat pun. berjalan memanjang sepanjang 2 hari cuti hjg minggu.


Hari sabtu aku pi jumpa kawan aku. Beli periuk ajaib sbg ready stok. Periuk ni memang hebat. Pelbagai fungsi. Nak masak rendang ayam pencen buleh(45minit), masak nasik beriani buleh(8minit), masak sup tulang buleh(50minit), masak kari ayam buleh(10minit), masak mee hun buleh, (2minit je), nak buat apam balik buleh... buleh cakap semuanya buleh. Kalau berminat buleh contact aku.. aku akan bantu n ajar mcm mana nak menggunakan ia. yang penting ianya didatangi dengan ciri keselamatan, sungguh menjimatkan masa dan tenaga dan pastinya korang akan rasa puas hati dengan periuk ni. Ni lah rupa periuk  ajaib yang aku critekan tu.. nanti kalo ade pic untuk masakan yg aku buat, aku upload ye kawan...





Hari Ahad pulak aku sempat pergi ke The Store PAS (Plaza Alam Sentral) untuk cari handbag sebagai hantaran untuk adik aku. Hari tu memang sesak sebab dalam masa yang sama ada pameran pengantin. Jadi kali ini orang ramai memang tak lepaskan peluang untuk melihat rekaan busana, pelamin, katering, photgrapher dan sebagainya.

Tapi kat The Store pun lain critenya. Orang tak berapa ramai, tapi kaunter untuk buat member card the storeje yang ramai gile tgh Q! adooyaii... penat jugaklah aku berdiri menunggu giliran untuk dapatkan kad tu..minachi yg handle kaunter tu lembab sangat! tension mak! geram je.. aku rasa mcm aku nak masuk je kaunter tu, biar aku je yang buat registration kad tu.. Sebenarnya boleh je nak buat hari lain, tp aku je yang tak nak sebab aku nak beli handbag tu kena ada kad the store.. barulah blh dapat 70 n 50% less...

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan semangat yang masih kuat, aku dapat jugak barang yang aku nak.. Syukur... tapi itulah, penat kaki ni... letih.. hari ni, kerja pun letih.. sgt letih.. pagi2 hujan lebat then sesak kat jem lebih dr sejam.. bertambah2 la aku letih lg...